Sabtu, 7 Januari 2012

Kehidupan saya


Pada asalnya saya seorang anak yang sangat periang. Tapi apabila melangkah alam persekolahan (sekolah menengah) saya di menjadi seorang penagecut. Saya asyik dibuli dan dibuli oleh rakan-rakan sekelas (ada juga kelas lain). Saya TIDAK PERNAH berdendam. tapi saya suka memendam perasaaan sakit hati ataupun saya tidak pernah menceritakan keperitan hati saya. Dirumah saya selalu dibuli adik saya kerana badannya lebih besar dari saya. Dah banyak kali dia berkata kepada saya yang dia mahu saya mati supaya nanti nya senang dan tidak ada "orang" menganggu dia lagi. Tapi saya hairan kenapa saya dia katakan begitu sedangkan kakak saya tidak pula dikatakan begitu. Dan saya sedar memang benar kata adik saya. Bukan dulu tapi sampai sekarang. Selain itu, hato saya pernah disakiti oleh kawan baik saya (Dulu,sekarang dia tidak pernah hubungi dan layan saya kalau kami terserempak) tapi kadang-kadang saya putus asa dan rasakan tak lagi saya perlukan di Dunia ini. Semasa saya berumur 12 tahun, saya masih ingat saya pernah dipulaukan kanak-kanak di kampung. Mereka kata, saya ini menipu, mereka cerita yang salahsatu kawan-kawan kami pernah melakukan maksiat.Saya tidak faham apa mereka katakan dan Tak pernah mengatakannya. Saya pernah dibaling dengan batu, di tampar dengan selipar(dengan kuat) sehingga saya mencari pisau untuk bunuh diri (dirumah) (dari sanalah saya suka mencalarkan tangan).



BERSAMBUNG.........